1
. . . . .
“Aku
suka kau! Kau perempuan gemuk pertama yang aku nampak kecantikannya. Sumpah!
Aku rasa kau cantik dan comel. Aku suka tengok kau Sufi!”
Sufi
yang dari tadinya fokus memandu mulai tergamam. Terkesima dan lebih tepat lagi
Sufi ingin pengsan apabila lelaki yang diminati ramai mengungkapkan kata-kata
itu.
Sufi
sedar, sejak pertandingan projek akhir jabatannya, dia dan Azrin mulai rapat
dan mesra. Bila difikir semula, Sufi sendiri hairan kenapa Azrin bersungguh
mahu berkawan dengannya sedangkan Azrin sendiri sedar tentang kekurangan Sufi.
Sufi si gadis gempal dengan berat badannya mencecah 130kg. Mana mungkin lelaki
sekacak Azrin mahu mendekatinya.
Tapi
hari ini, Azrin ada disebelahnya. Duduk di sebelahnya. Ya! Azrin disisinya.
“Kau
suka aku tak Sufi?” Azrin bertanya.
Serba
salah Sufi ingin menjawab lantaran ketika itu Sufi begitu ingin menjaga
hubungan persahabatan mereka sudah terjalin baik.
“Tak
pun. Gila!” Jawab Sufi. Sufi pura-pura mahu fokus memandu sedangkan dia mula
resah. Dia takut Azrin sekadar mengusiknya dan lebih malu jika Azrin akan
mengejeknya jika dia menjawab YA!
........

Comments
Post a Comment