Prolog


Aku memandang namanya di paparan kenalan aplikasi Whatsapp. Aku klik namanya dan aku lihat Default Picture miliknya. Gambar itu….. gambar hari pertunangannya.

“Oh! Dia sudah berjaya” gumam hatiku.

Benar! Aku telah tewas. Perasaan itu wujud dikala dia selalu ada menemani aku. Perasaan di mana aku mula mahu menagih janjinya. Di kala ini, semua memori aku dan dia mula bermain di seluruh ruang minda. Setiap janji dan harapan palsunya mula mencucuh-cucuh seketul daging kecilku. Kesannya pada si anak mata yang terpejam rapat mulai membasah dengan air-air kepedihan.
Ah! Aku cuba melawan sakit yang tiba-tiba menular di dalam hati.

Sepatutnya, sedari awal lagi aku harus sedar bahawasanya dia dan aku hanya ditakdirkan menjadi teman mesra sehingga dia mendapat nama dan lambungan pujian pria terhebat dari teman-teman kelasnya. Lagaknya persis sahaja buaya darat!

Bodohnya aku membiarkan dia berjanji memperisterikan aku andai orang tua kekasihnya menolak lamarannya buat kali ketiga. Mungkin aku sekadar galang ganti yang tidak dihajatinya.
Bodohnya aku membiarkan dia menggenggam erat tanganku semasa berjalan-jalan di Uptown Shah Alam. Lagak dan layanannya persis pasangan kekasih Beauty and The Beast! Bodohnya aku menemani di kala dia sedang tertekan menghadapi hari-hari kerjanya yang penuh keletihan. Ya! Sehingga lewat malam aku bersamanya. Duduk berdua di kedai makan. Menemani setiap suapan mi gorengnya dan aku dengan segelas laici ais kurang rasa laicinya!

Aku mula teresak-esak.
Ada sesuatu yang buat aku menginginkannya. Sedangkan lelaki itu juga tahu apa sebabnya. Tapi aku nampak kemusnahan andai aku dan dia bersama. Ya! Lelaki itu juga akui perkara yang sama kerana cintanya pada sang kekasih begitu mendalam sejak 5 tahun lalu hingga kini umpama cinta diikat mati.

Tentunya aku bukan seseorang yang mementingkan diri. Akhinya aku tanpa memikirkan diri sendiri, aku memilih untuk menyerahkan kebahagiaan yang aku rasa untuk dia dan sang kekasihnya menyempurnakan cinta mereka.

Betapa aku memulakan satu kebodohan dan mengakhiri dengan kebodohan.
Atas nama cinta, aku memilih airmata……. oh, Sufi!

Comments

Popular Posts