Penipuan Seorang Perempuan
Pic oleh Feeyona (2015) |
Dengar-dengar kamu sudah menjadi milik orang.
Wajar sahaja aku seperti gadis gila menggonggong
perasaan yang tak mungkin bertuan.
Ah! Lambat laun aku kepenatan,
Aku akan berhenti.
Itu pasti!
Apa khabar aku?
Ketika itu aku sudah kenal apa itu kesedihan dan apa
itu kegembiraan.
Pastinya ketika itu aku menjadi wanita yang sangat
indah dalam senyumannya.
Di sisi, aku menggalas perasaan bahagia yang amat
besar sehingga kamu tahu aku begitu senang dalam hidup aku.
Walau tanpa kamu.
Yang dulunya adalah kegembiraan luar biasa buat aku.
Apa khabar kita?
Kita itu tidak pernah wujud antara kita berdua.
Sudah tentu fantasi aku itu telah hancur lumat
berkecai.
Setelah kamu dimiliki-
Orang lain.
Ini khabar aku untuk kamu.
Aku bahagia melihat engkau bahagia.
Di belakangku telah aku sediakan plaster, jarum dan benang untuk aku
jahit hati yang sebenarnya terluka parah!-Julai2018
Comments
Post a Comment